KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah memohon maaf kepada pempengaruh masakan, Khairul Aming di atas kenyataan kononnya pempengaruh itu tidak mengutamakan kesihatan dalam masakan.
Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
"Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia, dan dua ayat terakhir saya sepatutnya di perenggan yang lain.
"Bagaimanapun, harapan saya video atau content mana-mana influencer ada tertera kandungan kalori," ujarnya dalam bebenang ciapan di Twitter.
Dr Rafidah juga menjelaskan, beliau tidak menuduh sesiapa, sebaliknya kesihatan adalah tanggungjawab diri individu.
"Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat profesional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai," tambahnya.
Terdahulu, tular di Twitter apabila Dr Rafidah menasihati Khairul Aming untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan memperbanyakkan resipi masakan yang sihat.
Beliau gusar penggunaan minyak masak yang banyak mampu mempengaruhi kesihatan masyarakat Malaysia yang rata-rata mengikuti perkembangan Khairul Aming menerusi video masakan 30 hari, 30 resipi bersempena bulan Ramadan.
Jelas Dr Rafidah, kebanyakan pesakit yang beliau rawati mempunyai masalah kesihatan kronik hasil dari amalan pemakanan yang tidak sihat.
"Ya, memang ramai pesakit kronik yg saya rawat. Rata-rata menyesal dengan pilihan gaya hidup termasuk makanan mereka dari awal, saya hanya berniat memberi kesedaran, tidak lebih dari Itu," jelasnya lagi.
Fahmi Izuddin
Mon Apr 03 2023
Dr Rafidah menjelaskan, tahap kesihatan adalah tanggungjawab individu dan beliau hanya menyampaikan nasihat profesional sebagai pakar kesihatan. - Foto Twitter/Rafidah72
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Khairul Aming belanja staf baju raya, barang dapur, buka puasa dan duit raya!
Jarang jumpa ketua yang macam ini, semoga murah rezeki Khairul Aming.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah mendapat sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan selamat.
Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Secara keseluruhannya, kejayaan yang 219 saat yang dilakar Khairul Aming pada Jumaat bukanlah usaha semalaman.
Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun, produk kedua Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual secara rasmi pada 2 Feb.
Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming hantar surat tuntutan
Khairul Aming berkata, peguamnya telah pun menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.
[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Pesanan dititipkan Khairul Aming sarat dengan mesej buat golongan anak muda yang terdorong untuk menjadi pempengaruh media sosial sepertinya.
Khairul Aming dinobat sebagai Creator Of The Year
Khairul yang merupakan usahawan berjaya turut menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
'Saya tak rasa tergugat, rezeki masing-masing' - Khairul Aming
Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Dr Rafidah Abdullah mohon maaf kepada Khairul Aming
Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.